Blogger Templates

Friday 16 December 2011

my new story: cinta kau ak dan dia

salam semua...lia ade wat satu short story nie...
tpi x tao la bez k x..hope korang ade ckit mse tok bce story lia...
be heppy ya?



 cinta kau ak dan dia 
 
“Ish mana la awek aku ni?”bentak Airyl dalam hati.
“Aira i miss you,” hati Airyl bermonolog
Hampir tiga minggu Airyl dan Aira tidak bertemu.selalunya mereka akan bertemu di gelanggang bola keranjang sambil bermain bersama. Ini kerana Airyl merupakan seorang atlet bola keranjang manakal Aira merupan seorang penyanyi dalan sebuah kugiran.
 Pertemuan Airyl dan Aira adalah secara kebetulan yang boleh dianggap takdir bagi mereka. Ianya bermula ketika Perlawanan Persahabatan Bola Keranjang antara S.M.K Tunas dan S.M.K.Bukit Bintang. Secara tidak diduga Airyl tersesat dlm kawasan S.M.K.B.B. Airyl yang dalam keadaan resah gelisah kerana dia kuatir dia akan lambat menyertai perlawanan itu dan tiba-tiba……
“Adoi! Mata ko letak mne ha?”
“Sorry…sorry sgt… sye tgh sesat ni…”
Airyl bangun dari tempat dia jatuh lalu menghulurkan tangan dengan sebaris senyuman yang menawan kepada gadis yang dilanggarnya tadi.
“Maaf ya? Boleh maafkan sye? I’m Airyl. you?” tangannya masih terhulur menunggu tangannya disambut oleh sang gadis.
“Aira,”  jawap gadis itu sambil menyambut tangan yang sedia menunggu untuk disambut bersama sebuah senyuman.
“Well…tadi awk kte awk tgh sesat kan? Nak peri mne?”
“Gelanggang basketball,” jawap Airyl ringkas.
“What? Da lambat ni. Jom sye tunjukkan jalan.”
“Thanks awak..hehehe,”ketawa Airyl girang

Pertemuaan yang tidak disangkakan itu telah menyatukan mereka berdua. Kini genap dua bulan merka bersama namun sejak tiga minggu lalu meraka jarang bertemu disebabkkan terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Airyl sibuk dengan latihan bola keranjang kerana tidak lama lagi dia akan menyertai perlawana bola keranjang peringkat negeri manakala Aira sibuk belatih kugirannya untuk sebuah pertandingan walaupun bukan atas nama sekolah.
Airyl melepas pandangan ke sebuah tasik yang indah dekorasinya di sebuah taman yang menjadi tempat dia ’berdating’ bersama Aira. Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap. Dia dapat merasa kehangatan tangan seseorang yang menutup matanya.
“Aira, klu Aira tutup mata Airyl mcm mne Airyl nk tgok wajah Aira yang comel tu?” Airyl sempat berseloroh.
“Airyl” kini Aira berada dihadapan Airyl sambil tersenyum manis.
“Sorry lambat. Aira ada latihan tadi,”
“Takpe… dah biasa,” perli Airyl
“Maaflah Aira janji tak lambat da,” rayu Aira
Diam. Airyl hanya berdiam diri. Aira yang melihat keadaan Airyl sebegitu mula dihantui rasa serba salah.
“Airyl tau tak hari ni hari pe?”
‘Hari sabtulah,”  jawap Airyl sambil mengangkat keningnya tanda hairan.
“Happy birthday sayang!” Ucap Aira girang. Sambil menghulur sekotak hadiah yang kecil saiznya yang berbalut indah.
Airyl terdiam seketika namun mengukirkan senyuman yang indah dimata Aira. Akibat terlalu sibuk dengan latihannya sehingga melupakan hari keramatnya.
“Tulah sibuk mengalahkan atlet Negara. Birthday sendri pown lupa. Entah entah sye pown awk akn lupa jugak ke?”
“Ish tak de la sampai camtu skali..awk still dihati sye slama lamanye,” tersenyum girang Airyl bila melihat telatah Aira yang agak manja. Sungguh dia terharu dengan apa yang telah Aira lakukan.
“Entah2 awk bgi katak pe dlm kotak nie?”
“Ish ade ke patut! Kejam tol nk bagi present camtu kat pekwe sndiri,”
“Mane tao..”
“Emm whatever la!” kini kelihatan Aira menarik muka kearah lain. Merajuk.
“Aira…merajuk ye?” pujuk Airyl lembut
“Tak merajuk pown. Makan hati ja,”
“La apa pasal tak bagitau yang awk lapar? Klu lapar skali pown kgn la makan hati..t cmner nk syg sye da awk x de hati da?” lawak bodoh.
“Adoi! Sakit la!” Airyl merungut kesakitan apabila tangan Aira mula mencubit lengan Airyl.
“Padan mke. Spe suruh buat loyar buruk”
“Yela2,”  Airyl mengalah jua akhirnya. Tidak sabar hendak melihat hadiah yang diberi oleh pujaan hatinya itu.
Airyl mengoyak pembalut hadiah itu perlahan-lahan. Walaupun kecil tapi terlalu bermakna buat Airyl. Kotak  hadiah dibuka. Kelihatan kelihatan jam tangan berjenama G-SHOC berwarna hitam kuning dan sekeping coklat Cadbury kegemaran Airly. Walaupun baru mengenali antara satu sama lain, namun Aira seorang yang memahami. Aira bukan sahaja seorang teman yang istimewa buat Airyl malah seorang pendengar yang setia yang mendengar segala rungutan serta keluhan yang terpahat dalam hati Airyl.
Dilahirkan sebagai anak tunggal dalam keluarga yang berada dan sentiasa sibuk dengan kerjaya mereka sehingga mengabaikan anak lelaki mereka sehingga menimbulkan kekosongan yang luas daam hati Airyl dan Aira hadir mengisi sebahagian kekosongan di dalam hati Airyl. Hadirnya gadis yang bernama Aira mengembalikan keceriaan hidup Airyl yang sunyi dan dahagakan kesih sayang. Walaupun Aira tidak dapat menggantikan tempat kedua ibu bapanya. Tapi cukuplah bagi insan yang bernama Airyl untuk mencari sebuah kebahagiaan untuk mengubat luka di hatinya.

“Aira,” panggil Airyl lembut.
“Emm? Kenapa? X ske ke present tu?” Tanya Aira lembut
“Emmm? Ske je.. mari sini jap. Ade ulat kat rambut awk 2”bohong Airyl yang mahu mengusik Aira. Seronok dapat menyakatnya.
“What????????? Cepat buangkan! Aira takut la! X ske!” pinta Aira yang mulai cemas.
“Ish duduk diam2 skit..Airyl nak ambik la ni..”Airyl tersenyum nakal. Nampaknye rancangan nakalnye hampir menjadi.
Dan…
Cupp!
Sebuah kucupan diadiahkan di dahi Aira oleh Airyl. Sekarang kelihatan wajah Aira bertukar warna akibat malu.
“Eeeee! Tak malu tol la awak ni! Terok arr!”jerit Aira yang menahan malu.
“Hehehe..bukan slalu..thanks ye?”
“Banyak la bukan slalu awak tu…emm? Welcome!”

Music café..
Dalam keadaan tergesa-gesa Aira memasuki sebuah yang restoran yang dilengkapi dengan gitar,drum,serta pelbagai alat muzik untuk sesiapa yang ingin jamming.
“Aira, ko lambat!”marah Ella
“Lek ar sis. Baby ak yang sorg ni bukn sengaja kan……?”gurau Ray
“Hello! You Mr.Ray! Untuk pengetahuan awk. I’m not ur baby k?”
“Btol! Entah papew la ko ni. Die kan milik mamat basketball skolah tunas..atlet pulak tu..” kata Zoey menyampuk.
“Haxhaxhax! Wa sapport!”sokong Ella
“Weii..dah dah arr pekena ak..ak sedar ak spew..”ucap Ray dengan nada merajuk yang dibuat-buat.
“Spew ko?”soalan bodoh ditujukan dari mereka bertiga.
“Anak Dato’Khalid, CEO Globest Corparation,” jawap Ray selamba.
“Balah ar…! Menyampah!” serentak mereka bertiga ucapkan.
“Hahah…dah2..nak belatih lagu ape untuk persembahan malam ni?”
“Lagu Doraemon bleh? X pown lagu Naruto k?”Aira mula menyakat Ray.
“Perli pe?”
“Mne de..” nafi Aira yang menahan ketawanya.
Ella dan Zoey dah ketawa terbahak-bahak. Bukan mereka tak tahu yang Ray sampai sekarang masih minat dengan Doraemon dan Naruto. Macam budak sekolah rendah ja  perangai dia.
“Ku tetap menanti”kata Aira tiba-tiba.
“Nikita Willy?” tanya Ray.
“Yup! Boleh?”soal Aira kembali.
“Boleh…..demi awak..apapow boleh!”
Mereka memulakan latihan. Suara Aira yang merdu mampu sahaja menarik sesiapa pun yang mendengarnya. Di posisi belakang, Ray bersiap dengan gitar bass, Ella dengan keyboard piano, manakala Zoey dengan drum. Dan Aira depan pentas bersama gitarnya. Persembahan bermula.
Music café..malam..
Tepukan gemuruh pada malam itu cukup untuk menandakan persembahan yang dipersembahkan oleh Ros Band mendapat sambutan hangat.
Malam itu Aira, Ray, Ella, dan Zoey puas dengan apa yang dipesembahkan.
Di suatu sudut, terdapat seorang remaja lelaki merenung wajah manis milik Aira. Malam itu Airyl datang ke Music Café untuk membuat kejutan buat Aira.
“Aira..buah jantung hati ko ade kat sni la..”bisik Ella
“Yakew?” Aira mencari kelibat Airyl.
Dari jauh, kelihatan Airyl melambai-lambai ke arah Aira serta mempamer isyarat mengajak pulang. Aira yang mengerti cepat-cepat meminta diri untuk pulang.
Kelihatan Airyl memimpin tangan Aira menuju ke tempat parking motosikal dan Aira membonceng bersama Airyl dengan sebuah motorsikal yang berkuasa tinggi. Dari satu sudut, Ray memerhati pasangan itu berlalu pergi.
“Aira, mengapa engkau bukan tercipta untuk ku?” Ray membisik kata hati.
……………………………………………………………………………………

Airyl membawa Aira di sebuah bukit.
“Kita kat mne skang?” soal Aira
“Entah,”jawap Airyl selamba
“Ish!”
“Jangan la cam2..sye nak bagi hadiah yang x ternilai buat awk malam ni..x mao k?”
“Emm? Pe 2?”
“Btol awk nk tao? Tpi awk kne janji x tinggalkan sye boleh?”
“X bagi hadiah pown sye tetap x kn tinggalkan awk”ucap Aira selamba
“Hehehe.nie yg makin syg nie!”
“Yela tu..”
“Awk..cuba tengok atas,”pinta Airyl
“Wahhh!!!!!!cantiknya!” Aira sangat teruja melihat pemandangan di langit. Bulan purnama yang mengambang cantik bersama-sama berjuta-juta bintang yang x terkira banyaknya menyinar dalam kegelapan malam.
“Cantikkan? Inilah hadiah yang tak ternilai dari Airyl tok Aira. Airyl harap Aira tak akan lupa pada kenangan kita malam nie.”
“Thanks! Syg awk!”ucap Aira
“Ti amo!(sye cinta awk!)” balas Airyl
Usai melihat pemandangan yang indah itu, Airyl membawa Aira pulang. Malam ini Aira ditemani dengan mimpi yang indah.
…………………………………………………………………………………
Sebulan kemudian..
Music café
“Wei! Sal monyok je ak tgok je?”sergah Zoey apabila melihat Aira asyik termenung sejak kebelakangan ni.
“Ha? Tak de papew la,”jawap Aira ringkas.
“Ye la tu..muka ko 2 muka suci. Ade prob mesti terpamer je kat muka ko 2..” selamba je kata2 tu keluar dari mmulut Ray.
“Aah! Wa sapport!”sokong Ella.
“Camon la..sharing is caring lorh!”ucap Zoey.
“Emmm…Airyl da lame x kol..jumpe pown x..da sebulan..”sayu je kedengaran suara Aira.
“Perrr! Lame tol ko simpan prob ko nie!”serentak Ella dan Zoey ucap kata2 tu.
Ray memilih untuk berdiam diri. Dia menyimpan satu rahsia yang amat besar. Melihat wajah Aira yang sayu itu membuatkan Ray rasa serba salah. Lalu dia naik keatas pentas dan menganbil sebuah gitar serta menyayikan sebuah lagu. Aira,Ella,Zoey pelik dengan tingkah laku Ray.
Bunyi gitar kedengaran.
Ray mula menyanyi…
 lagu biola x berdawai kangen band.
“Thanks Ray…”
“No big deal la..smile please…”pinta Ray.
“Oke…” kelihatan segaris snyuman ikhlas di wajah Aira. Semangat dia pulih sebentar.
Ray berasa sangat bersalah. Perlukah dia beritahu Aira tentang Airyl sedangkan Airyl meminta untuk menyimpan rahsia itu buat sementara waktu.
………………………………………………………………………..

Aira berjalan-jalan di sebuah perumahan yang menempatkan pelbangai jenis banglo yang tersergam indah yang merupakan tempat tinggal Airyl. Aira berhenti berjalan apabila sampai dihadapan sebuah banglo yang bercirikan seni ala France. Banglo itu milik Airyl dan keluarganya. Sejenak Aira melihat banglo itu sunyi tak berpehuni.
“Kemana agaknya Airyl pergi?”bisik Aira dalam hati.
Tiba-tiba pintu pagar banglo tersebut terbuka. Kelihatan seseorang melangkah keluar dengan menaiki sebuah kereta Honda City dan Aira sangat mengenali susuk tubuh lelaki dihadapannya.
“Ray?”
Ray berpaling apabila namanya dipanggil. Betapa terkejutnya dia kerana dihadapannya ialah Aira. Nampaknya dia dah terkantoi.
“Ray? Asal masuk rumah Airyl? Ko kenal ke Airyl selama ni?” soal Aira bertubi-tubi.
Diam. Ray memilih untuk berdiamkan diri.
“Ray! Tell me?!”desak Aira.
“Err…”
“Bagi tao la Ray….tolong la ak…”sayu saja suara Aira
Bunyi esakkan mula kedengaran. Kelihatan beberapa titisan air mata jatuh menitis di pipi Aira. Terlalu berat beban dihati Aira yang tidak dapat dia menanggungnya lagi. Dia sangat merindui senyuman dan wajah Airyl.
Ray yang melihat keadaan itu mula rasa serba salah. Nampaknya rahsia harus dibongkarkan walaupun dia pasti Aira tidak akan menahan dugaan ini.
“Aira..acually ak nie sepupu Airyl dan kami rapat sangat dari kecil hingga skang. Airyl suruh ak ambik laptop dia sbb die sgt rindu nak tgok gambar ko,”jawap Ray perlahan.
“Airyl kat mne kang?”tanya Aira yang sedikit tenang.
“Hospital..dia disahkan menghidap barah otak tahap kritikal…sorry x bagi tao awal2..dia mintak tok rahsiakan..dia x nak ko sedih..”jawap Ray perlahan. Nampaknya dia harus berterus-terang.
Tiada perkataan dapat digambarkan dalam perkataan tatkala menerima berita itu. Aira jatuh terduduk. Kini empangan air matanya pecah seperti sungai yang mengalir deras. Dia menangis sepuas-puasnya. Melepaskan apa yang terbuku dihati melalui air mata.
Ray yang melihat keadaan itu hanya mampu memeluk tubuh gadis itu dan berharap dia terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang dihadapi.
“Betol kata ko Airyl..she can’t accepted” Ray bermonolog dalam hati.


Sepuluh tahun berlalu, 15 Januari..
Masih segar di ingatan Aira saat-saat terakhir dia menemani Airyl di hospital. Airyl pada dasarnya kelihatan semakin sihat dan ceria. Namun Tuhan lebih menyayangi insan yang bernama Airyl Daniel. Dia selamat menemui Sang Pencipta Nya setelah mengucap dua kalimah syahadah yang dibantu oleh Khairul Falah(Ray). Pada masa itu, Aira pasrah dengan ketentuan Nya.
Kini walaupun Airyl Daniel tiada lagi dalam hidupnya namun dia sudah menemui perganti. Airyl Asyraf bin Khairul Falah merupakan anak hasil perkahwinan antara Aira dan Ray selama dua tahun. Ray sanggup menunggunya selama sepuluh tahun untuk Aira merawat luka silam. Ternyata pernantiannya bukan sia-sia. 
Dan hari nie merupakan hari istimewa buat Ros Band. Berkumpul dan berjamming bersama adalah perkara yang hampir dilupakan namun mereka mahu mengulangi sejarah kegemilangan kugiran mereka.
“Dan ready k baby?”
“Dah tua2 pown dok ber’baby’ lagi k?”usik Zoey.
“Lantak ak la…ko 2 ble nak kawen ha? Tggu Ella berjanda ka?” sakat Ray.
“Pe janda2 nie?”sampuk Ella.
“Ehhhh! Tak de papew la…hehe” kata Zoey sambil menyiku tangan Ray.
“Tao takowt. Aku bagi tao die..baru padan muka ko,”ugut Ray.
“Jangan la….”Zoey meminta simpati. Bukan Ray dan Aira tidak tahu yang Zoey sudah lama memendam perasaan. Namun tiada jodoh antara mereka. Masih menunggu agaknya.
“Da ready ke blom?” tanya Aira.
“Lagu pe baby?”
“You know already,” jawap Aira selamba.
Bunyi gitar dimainkan dan..Ros Band menghangat suasana Music Café



the end!
.